Founded on 9th September 2005, SAVOC was setup with one goal in mind, to enable Proton Savvy Owners to share experiences of owning their beloved Savvy. Its a place where friendships are formed and bonded.
So feel free to join us, chat with us or give us your comments or suggestion with the rest of the members.
next event: Fundrive Suka Suki : Journey To The East (KUANTAN) Date : 30/6/2012 - 1/7/2012
Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa SAVOC.NET bercadang untuk mengadakan aktiviti seperti yang dinyatakan di atas. Untuk memudahkan kelancaran majlis tersebut, kami memberi peluang kepada anda sekalian untuk memilih lokasi untuk dijadikan tempat penginapan iaitu antara yang berikut :
a) Pantai Balok (Kira - kira 10 km daripada Bandar Kuantan) b) Bukit Gambang Resort (Kira - kira 25 km daripada Bandar Kuantan) c) Cherating (???) * Mohon warga ECR membetulkan dan memberikan pandangan mengenai jarak.
Undian dibuka sekarang dan akan ditutup tepat jam 12 Tengah Malam, 2 Jun 2012. Gunakan kuasa mengundi anda. Ingat, undi anda tidaklah rahsia sangat.
UNDI SECARA MANUAL, IAITU DENGAN MEMBERIKAN LOKASI PILIHAN ANDA (SILA PILIH SALAH SATU DARIPADA TIGA PILIHAN YANG DIBERIKAN)
Asalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua Savocians. Dengan sukacitanya dimaklumkan, setelah dipersetujui oleh Mak Limah sebelum beliau balik rumah, maka dengan ini diumumkan bahawa tarikh hari mesra Mini TT SS15 Subang akan berlangsung pada :
Tarikh : 18 Mei 2012 Hari : Jumaat Malam Sabtu Masa : 9 pm Onwards Lokasi : SS15 Wet Market, Subang Pakaian : Asalkan Bukan Bogel (A.B.B) Agenda : Beramah mesra bersama - sama sambil membahan sesiapa yang diingini, selain turut berpeluang untuk bersemuka dengan Incik Bart (fesbuk die aku tatau tapi dia otaister Savoc) [ tertakluk kepada terma dan syarat a.k.a kalau last minute dia tak kerja] dan berpeluang collect CRU Number (V.I.P & C.O.D Only) dan perbincangan mengenai trip ke East Coast Mall, err.. East Coast sebenarnya.
Jadi kami menjemput semua yang berkelapangan, tidak mengira umur dan gender serta tidak mengira pangkat dan kedudukan dan tidak mengira pasukan pilihan untuk hadir memeriahkan majlis ini.